okay, hari ni online fb.. rata-rata semua senior update status mengenai penempatan posting masing-masing.. ada yg bertuah dimakbulkan doa posting di tepat yg dimintak..
tetapi, rata-rata di postingkn di tempat yg tidak diminta.. tak kira jantina atau berkeluarga... kau perempuan ke lelaki, kau dah kahwin ke belum.. kau kena curahkan bakti kau dekat anak bangsa yg memerlukan khidmat kau untuk membangunkan modal insan keluarga dan tempat tinggal..
okay, KEBANYAKKAN nya di postingkan di kawasan SABAH dan SARAWAK..
xperlu contoh yg jauh, senior sains pada tahun lepas.. dari semua lelaki yg ada dalam tersebut, hanya SEORANG sahaja yg dapat dipostingkan di johor.. bakinya, semua di sabah dan sarawak.. hanya SEORANG!
saya mula takut.. sebelum ni, beria mahu ke sabah sarawak..tetapi bagaimana pula sekarang? bagaimana kalau saya sudah berkeluarga? suami di semenanjung saya di seberang Malaysia..
bagaimana dengan keluarga? ini yang paling ditakutkan.. bagaiman jika sesuatu berlaku di kampung.. bagaimana dengan keadaan mak dan ayah... saya mula takut...
namun, saya sudah berjanji suatu ketika dulu, untuk mencurahkn bakti ke atas masyarakat yg memerlukan saya... dan kerajaan telah mempercayai dan membiayai saya.. sekarang, saya harus rasional..
walau bagaimana susah pun, walau sebagaimana jauh pun, saya perlu lakukannya.. kerana saya telah berjanji kepada kerajaan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat..
semoga saya kuat pada 3 tahun akan datang.. Insya-Allah.....
p/s : terkena tempias ketakutan org yg posting.. :(