ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Thursday, November 29, 2012

Pengajaran


kadang kita berada di tahap paling bawah.
dan orang yang sebaliknya pada tingkat atas.
tersungkur tertonggeng. dihukum. digantung.
yang atas, ketawakan dan menjadi kebanggaan
jeling ludah tgk bwh. jgn lupa ejek sekali.
kau hampa. pasrah. menyerah.


jangan risau.
DIA maha adil.
sungguh. aku sendiri mengalaminya.
cerita berdasarkan pengalaman.


bila kita bawah,
diam. sabar. menangis. bangkit.
walau kau bertatih.


tiba tanpa sedar, kau diberi peluang untuk menjadi yang atas.
ya aku pernah hanyut berada di atas.
tapi sampai bila.
kerana aku tak pernah bahagia sebegitu rupa.
tak pernah bahagia dgn cara memusnahkan bahagianya orang.


DIA kurniakan aku peluang untuk berada diatas.
leka. jebak. wang dunia. intan permata
samada aku terus pusingkan roda segitiga 
atau hentikan putaran neraka
ini bukan cara aku.
 

aku pilih hentikan putaran roda dunia.
kerana aku tak ingin orang lain terluka bagaimana aku rasa.
kerana aku pernah rasa. sakitnya jiwa.
dan biar aku jadi yang terakhir.
tanpa jiwa yang lain tersiksa.

 
biar aku hentikan semua.
agar tiada lagi putaran kedua.
sungguh. DIA maha adil.
bila kau terluka, kau diberikan peluang untuk melukakan.
samada kau terus ketawakan atau hentikan.
itu ditangan sendiri.
kerana kau sendiri menentukan kebahgiaan yang kau inginkan.


musnahkan orang
bukan cara aku
lebih bahagia bila aku mampu buat orang lain bahagia.
mungkin aku pernah tersalah langkah
akibat dendam durjana diri sendiri


manusia menghukum dan menghakimi dunia
itu perkara biasa
apa yang kau perlu tahu
mereka tidak berasa apa yang kau rasa  


biar ini jadi yang pertama dan terakhir
hidup aku bukan mengumpul musuh
ini bukan cara aku bahagia.


jangan kau terleka.
belajar dari pengajaran dan pengalaman
bukan tenggelam dengan pengalaman tanpa mengambil pengajaran.


 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...