bila hidup kau sekata kau akan bosan.
dalam masalah kau belajar pasal hidup
jangan kau mengeluh bila kau dalam seribu satu masalah
sebab melalui masalah la kau akan belajar
belajar jadi matang
belajar jadi berdikari
belajar untuk jadi manusia berguna
atau kau masih sibuk nak jadi haprak jalanan.
kalau dulu kau takkan berjaya tinggal aku survive
sorang-sorang
maksudnya, aku takkan kemana-mana berseorang
walau toilet pun la. yang tak sampai 10 langkah dari bilik
aku.
perkataan, ‘eh, teman aku jum..’ tak pernah lekang dari
mulut
melalui masalah aku belajar untuk improve diri aku
sekarang, kau campak aku mna-mna, insyaALLAH aku takkan
mati.
‘eh, kau sorang je perempuan kat sini?’
‘ohoi, ni mya la. kau campak aku kat laut pun aku boleh
hidup la.’
kononnya, "campak
ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi bukit"
bila perkara yang paling aku takut suatu tika dlu jadi,
jadi betul betul dalam reality, kau ada pilihan,
samada mati atau teruskan hidup dan bangkit.
memang susah nak bangun. tapi sekali aku bangun, takkan aku
tengok belakang lagi.
sukahati kau lah nak buat apa dengan hidup kau.
aku ada jalan aku sendiri. jalan yang aku pijak bangun
sendiri.
aku tekad. genggam bara api biar sampai jadi arang.
ni anjakan paradigma paling hebat dalam hidup aku.
dan ni titik tolak perubahan hidup aku dari ‘crybaby’ to a
‘lady’. katanya.
dan sekarang bila kau sendiri,
kau belajar hadapi hidup kau, setiap dugaan baru yang
datang,
kau belajar untuk memperbaiki diri kau
dan kau punya masa untuk muhasabah diri kau.
apa yang kau dah buat untuk family kau
apa yang kau dah buat dengan kawan sekeliling kau
apa yang kurang dalam hidup kau
apa yang kau jauh terpesong dari agama kau.
masalah ribut-taufan datang waktu aku tengah berusaha
menjadi insan terbaik untuk dia.
tengah berusaha jadi
yang terbaik.
tiba-tiba. bammmm. headshot untuk aku. aku sendiri kelu.
kenapa? kenapa mesti waktu aku cuba berubah untuk jadi yang terbaik.
dan sebenarnya aku sedar, aku hanya berubah untuk manusia.
bukan lillahi ta’ala. itu salah besar aku.
berubah untuk jadi yang terbaik untuk DIA. bukan manusia.
kerana manusia kepunyaan DIA. bukan sebaliknya.
back to basic.
lillahi taa’la.
jangan kau takut dengan masalah yang datang.
rempuh, tempuh. untuk kau belajar mengenai hidup.
melalui masalah kau belajar segalanya.
dan anjakan paradigma ini
buat aku belajar untuk cuba semuanya.
bekerja. sertai semua sebolehnya.
dan aku sendiri rasa
taraf keyakinan aku makin bertambah
kalau dulu kau nampak aku ni adik yang kena buli ja. yang
asyik kena protect.
sekarang yang kau nampak. ‘ni mya la. aku 22 tahun la kak.
bukan adik cengeng lagi’
sesungguhnya, ada seribu satu hikmah atas apa yang jadi.
TERIMA KASIH YA ALLAH.
dulu, aku punya pilihan. untuk ikut hati dan amarah
menggunung.
atau belajar untuk lupa dan tidak berdendam.
marah? memang. ikut sakit hati memang aku nak hentak.
tapi sampai bila? sampai bila kau nak berdendam?
kenapa kau sendiri nak sakitkan hati kau yang sedia sakit
dengan dendam kesumat kau.
fikir. kau tak pernah bahagia dengan cara tu.
itu bukan diri kau. dan itu bukan cara hidup kau.
ini untuk ajar kau supaya jaga hati. jaga iman kau. nak ukur
berapa tinggi iman kau.
ingat. sebaik-baik manusia usulnya dari hati.
jangan biar hati kau busuk dengan titik hitam hasutan
syaitan
kau pilih samada kau nak kalah dengan nafsu amarah kau
atau kau belajar untuk kalahkan nafsu amarah kau
dan ini untuk kau belajar kawal emosi kau J
ini yang dipanggil anger management
dan RASIONAL.
ini semua anjakan paradigma untuk kau belajar menjadi
manusia.
manusia yang lebih baik. bukan sampah busuk.
yang rosakkan hidup manusia lain.
belajar untuk hargai manusia sekeliling kau.
aku sendiri tak pernah sangka mampu drive full dari johor ke
kedah.
dan drive perjalanan tiga empat pagi pun.
kadang kau kena challenge diri kau.
tengok berapa mana kau mampu buat.
No comments:
Post a Comment