ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Tuesday, August 9, 2011

sekolah : tarawikh tak berpahala

setiap kali tarawikh, mesti aku akan ingat benda ni. bagi aku benda ni memang akan jadi memori paling hebat di alam semesta mengalahkan bakal memori waktu akad nikah nanti. dan aku akan pastikan anak-anak aku tak buat apa yang aku buat. lagha!


okay, kepada yang terlibat, kaum kerabat member-member tak boleh duk diam sekolah pasti akan terpahat punya benda ni. 


benda ni jadi waktu kami Form 1, maklumla lone ranger je kat sekolah, kohot pertama, takda junior, takda senior, kami la buah pengarang madu racun cikgu cikgu masa tahun tu.


waktu ni tarawikh tak silap, ustaz aku baca satu page setiap rakaat. umur kanak-kanak macam ni daya ketahanan masih lemah, tahap imaginasi permainan masih tinggi. lenguh bak hang lama-lama! sampai ada yang rakaat kedua, sujud tak bangun-bangun. sampai dah amin doa tak bangun lagi. =.=" lawak lawak.


kami ni membe2 kira duk main ja 24/7. terjadi la kisah disebabkan berfikiran kanak-kanak dan masih belum matang walaupun dah baligh, aku rasa dalam 30 hari kami tarawikh tu, xda yang dapat pahala. memang semua tak sah pun!







mana nak sah nya. tau apa yang depa duk usik?


ni tgh hang duk khusyuk qiam, mai duk tak duk orang sebelah mai garu siku hang. tak ka nak pecah gelak waktu tu. tak kira yang duk cubit cubit siku, kuih kuih siku, main lawan tolak siku lagi. memang tak sah solat!


ingat waktu qiam ja ka? hang rukuk pun, duk tak duk, orang sebelah pi pegang lutut hang waktu rukuk tu. nak tepis, batal solat. lama lama duk tak duk, masing masing rukuk pegang lutut orang sebelah. =..="






lepas duk sakan main aci sentuh lutut, daripada iktidal(berdiri selepas rukuk) nak ke sujud, dia boleh raba daripada paha ke kaki sampai kita sujud. mau yang jenis geli paha, kelupuq macam ulat la! tak cukup tu lagi, tgh khusyuk sujud, dia main garu garu karpet pulak! keriottt keriottt garu karpet sambil sujud. mana tahan nak lepas gelak! yang setengah tu, xcukup garu karpet main bunyi bunyi waktu sujud, duk 'keriauuu keriauuu, bruuuu bruuuu, pssssstt pssssttt pssssstttttt'. kena ni kat aku, part ni memang tak boleh tahan dah aku.


macam-macam la! macam-macam! macam-macam-macam lagi! lawak tau dak.. asyik tarawikh ja aku ingat benda ni semua, tak kira yang duk main langgaq pung**** mcm domino lagi waktu sujud. sampai kan ada membe aku waktu nak bgn tahiyat akhir, tiba tiba 'GEDEGANG!' langgar almari kat tepi, duk sakan main domino.habis satu surau pusing kat dia lepas bagi salam. nasib hang la wanim duk hujung. aku speechless dah nak cerita. tak larat duk taip sambil berdekah. hampa baca memang la tak boleh feel, ni yang alami ni.





tapi tu dulu kecik kecik, zaman zaman jahiliyah lagi, lani masing masing anak dara dah. tak main dah domino garu-garu karpet kuih sana sini. walaupun benda ni benda tak patut jadi, tapi bagi aku ni memori aku yang paling hebat. bukan semua orang alami benda lagha ni. =..="



Untuk Wawa, Yan, Ala, Wahanim, Paan, Ieka, Eaqa, Ahada, Ah, Izyan dan semua lain yang terlibat, aku minta maaf banyak2 tak sahkan solat tarawikh hampa sebulan. Terima kasih banyak wey bagi pengalaman yang paling hebat dalam hidup. Ni la merupakan kenangan terindah bagi aku. Terima Kasih Kawan! Rindu hampa semua!

-already grown-up girls-











p/s: ini entry terpanjang aku penah buat dan paling sekejap aku taip. betapa rindu! ini entry pertama aku letak gambar waktu sekolah, lepas ni tobat kena bahan. =.="

5 comments:

Muzammil Hairiri said...

kihkihkih! :)

rajanuha said...

hahaa rindu gilaaaaa credit card! ;p

mya bajuri said...

Muzammil : ape ape ape =..="

Lieko : Credit card celahpung.. BAHAHA! bahana kita ni..

wahieda said...

aku baru perasaaaaaaannnn..haha..aku baca entry ni smbil gelak sorang2 dalam bilik..rindu! =')

mya bajuri said...

Wawa : sama lah kita... rindu gila kot.. =')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...