ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Tuesday, August 9, 2011

sekolah : handphone

Masa aku sekolah asrama dulu, seboleh boleh aku deny sebagai budak sekolah tu. Ya, aku budak SBPIKP. 


Nama penuh sekolah : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.


Tiap kali kena balik sekolah, mesti aku bebai dekat mak bapak aku. Merungut paling banyak. Kena pakai stokin la, pakai tudung labuh la, susah nak sukan la, duk gaduh dengan ustazah la. Okay ini fakta. Aku memang muka paling familiar kena attack dengan warden aku. Tambah budak sport bak hang, lari bukan nak pakai kasut, kalau boleh main hoki luar sekolah keja nak bantai lengan pendek. Jadi haruslah aku selalu dikecam hebat.


Bila masuk sekolah, aku jadi rebel. Meluat, menyampah, jemu, tak boleh nak buat apa sikit pun. Sikit sikit stokin, sikit sikit tudung jahit tengah, sikit sikit tudung labuh, sikit sikit itu, sikit ini. Lama-lama boleh jadi muak. Selalunya perbuatan rebel ini dilakukan bersama rakan-rakan. HAHA! Handphone memang tak lekang dari aku. Dan kadang-kadang benda rebel ni buat kami jadi kreatif. 


Contohnya :
*digunakan nama sebenar.


Dila : Esok ada spotcheck. Simpan handphone!
Mya : Wey, nak letak mana nie. Mesti aku kena..


***berfikir secara kritis dan kreatif dalam masa yang singkat***


Cara 1 : Masukkan dalam rongga dalam tiang katil. Pastikan anda membalut dengan surat khabar terlebih dahulu untuk mengelakkan ia jatuh, mahupun berubah bunyi apabila tiang diketuk oleh warden.


Cara 2 : Masukkan dalam poket baju/sweater/seluar dan sidaikan di ampaian. *Peratus gagal : 0.5 %


Cara 3 : Bungkus dalam beg plastik dan letakkan di celah celah bunga di dalam pasu.


Cara 4 : Bungkus dalam beg plastik dan tanamkan ia di kawasan sekolah.


Cara 5 : Letakkan di kawasan rongga di bawah almari, walaupun berat almari adalah 20kg. *Favourite aku.


Cara 6 : Lubangkan tilam dan masukkan handphone serta terus pasangkan cadar. Cara ini mempunyai risiko yang tinggi jika warden anda mencabut cadar. =..="


Cara 7 : Letakkan dalam kasut sukan dan sumbatkan stokin pada permukaan tapak kasut yang terdedah.


Bersepah lagi cara yang kami dah brain-storm waktu ni. LAWAK bila ingat balik. Kreatif! HAHA


Sebab tu masalah tu meningkatkan lagi daya pemikiran kita.


Okay, melalut nak cerita pasal benda lain...


Sebenarnya banyak lagi benda lain aku nak cerita pasal waktu sekolah ni. tak habih sat g.

**********************************************************


dah la, sebenarnya nak cerita pasal lain. nanti la cerita. =..=" 
JUM SOLAT!






p/s : Missing my ikupians!! Kenangan terhebat kohot pertama.. rindu rindu rindu.. :)

3 comments:

Ieja zukhi said...

rindu jugak!

-hafizah zakaria- said...

problem based-learning? hehe.. :p

mya bajuri said...

ieja : Rindu rindu rindu rindu!!

fizah : PBL tak kena arah nie. =..="

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...