ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Wednesday, December 5, 2012
Tiada Yang Sempurna
Apa yang kau mahu dalam dunia
Kekayaan? Kebahgiaan?
Ah manusia. Tamak.
Perkara biasa.
kalau boleh kita nak perfect semuanya.
ada duit. ada family. mak ayah bahagia. anak comel. dengar cakap.
semua yang indah belaka la kiranya.
'kita jangan pandang atas, tgk bawah sama'
bila kita ada masalah,
baru terkial kial nak tgk bwh.
takkan ada yang sempurna.
mungkin dia kaya raya. bmw. 100 juta. perkara biasa.
namun, kebahgiaan keluarga?
kita jamin dia mampu rasa apa yg kita rasa?
nak cari kekayaan kau kena korbankan kebahgiaan.
mana mampu kau nak duduk rumah sentiasa
lekat celah ketiak bini, goyang kaki tengok kartun
duit boleh masuk berjuta tanpa sakit kepala?
simple la.
orang kaya.
banglo mewah. swimming pool. oversea merata-rata.
tapi. kena samun. kena tikam. kena santau.
bukan nak kata jangan jadi kaya.
tapi DIA maha adil untuk kita.
cuba buka mata.
kau jamin bila kau kaya,
kau mampu tak bongkak dengan harta dunia?
kau masih tengok bawah?
kau bersyukur dengan apa yang ada?
atau kau masih nak nak lagi dan lagi?
kalau dulu takda kereta.
nak keluar pinjam kereta mak la, naik train jauh jauh la, jalan kaki sampai peluhpeluh la.
tapi bahagia sentiasa. susah senang samasama.
bila ada kereta. kita jadi selesa. dah mula, matamata pandang kita.
mula kenal manusia, mula kenal berjimba. mula lupa sapa kita.
last? berharta tapi kosong jiwa.
masalah sana sini. bukan dari kita.
dari sekeliling matamata.
aku bukan cakap kosong.
lebih baik bahagia dari berharta.
macam aku sendiri pun.
bila ada duit.
mula beli gitar sikit.
pastu nak beli ukulele pulak
lepas tu teringin drum.
last, hapak.
aku cuma nak cakap.
takkan ada yang sempurna dalam dunia.
sama ada kita hargai apa yang kita ada
atau kita terus berusaha puaskan hawa nafsu kita
yang akhirnya kita hilang semua.
fikir dan hadam.
jangan sampai kau hilang benda yang paling berharga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment