Laporan Percutian Keluarga Shaari
Pada tak ingat berapa haribulan entah, seramai berapa puluh orang entah dari keluarga Tuan Haji Shaari (atuk gua) telah berjaya bersama-sama berganding bahu untuk melaksanakan percutian konvoi secara beramai-ramai melawat sakan sedar serta bershopping mopping ditempat yang seharusnya. Percutian ini melibatkan 4 buah biji kereta buatan Malaysia khasnya, dan tidak kecuali kereta kesayangan gua yang sangat manja sikit nak rosak itu ini. Alhamdullillah walaupun perjalanan yang saaaaaaaangat jauh telah ditempuhi ( ya la kau, pegi terengganu sampai 14 jam =.=" ), ternyata PFV 2**0 bukan calang-calang kereta walaupun agak manja. Syabas yall! lu bagi gua bangga dengan daya tahan lu. jum masuk race lepas ni. ( sila jangan percaya. gua pemandu berhemah, semut nak lintas pun gua bagi jalan )
Percutian ini melibatkan perjalanan melalui tempat tempat berikut :
Inap desa kuala ketil, HAHA - grik - jeli - lakota? yeke? - dungun - lebuh pantai timur *sesat - dungun - kemaman! yeah yea - kuantan - cherating - sesat mana tah lagi, gua tido - pekan - gambang? yeke? - muadzam shah - kluang - ayer hitam *pagi buta kami p shopping pasar tani kot. MURAH bak hang! - batu pahat *beriani :O - parit raja *kerepek - kluang balik - lebuh raya PLUS, exit tapah - cameron highland - cameron highland - cameron highland *hg jgn buat main, pokok orkid hutan melekap dekat bukit pun kami panjat cabut =..=" - simpang pulai? yeke? - sesat - gua tak pasti turun cameron keluar kot mana - celik-celik dah sampai rumah (kuala ketil bandar metropolitan! yeah) benda pertama sampai rumah : p tgk aquarium and yeaaaa!! semua timbul! joget joget. HAHA
Ya! Ternyata gua begitu malas untuk menaip berjela-jela selepas menunggu gambaq ni nak download bukan main lama. =..=" di sini, saya selaku 70 % co-pilot PFV ingin merumuskan bahawa ternyata melalui percutian ini, pelbagai manfaat telah diperolehi. Ukhwah antara kami semakin rapat antaranya mampu untuk tido sebantal dan saling tarik selimut mahupun mandi bersama. itu dusta. Selain itu, kami juga mampu mengenal erti kesabaran apabila asyik sesat ke sana ke mari walaupun sdah lewat malam. Daya tahan kami untuk berlapar juga semakin meningkat apabila tiada RNR yang terdapat makanan sewaktu perjalanan dari pahang ke johor.
Akhir kata, sesungguhnya, saya berharap agar percutian seperti ini sering kali diadakan kerana terdapat pelbagai faedah yang akan diperoleh. Percutian selama seminggu ini sangat mengkagumkan. OHHHHHHHHHHHHHHHH-SEM!!!!
|
1st pit stop untuk berhenti makan, nearby pulau banding |
|
Segala along, alang, ucu, maksu, makngah semua |
|
Ni dkt pncak bukit - grik. Berkabus maha dasyat. SEJUKK beb! |
|
Teksi Terengganu warna kning hitam, siap ada sticker, TERENGGANU HEBAT. terbaik! |
|
Cherating. Ada org surfing beb! power guh kuantang ni |
|
|
Air tak pasang tapi ombak rindu laut bergelora kot. |
|
Hai saya Aleesya, saya suka berlagak innocent walaupun saya punya salah. Grr |
|
Otw panjat Cameron Highland, sempat la bye2 org asli kiri kanan |
|
Kabus Kabus Kabus. Sejukkkk OHSEM |
|
Hamek kau, bunga lagi besar dari tapak tangan |
|
Single! Mai! Mai! Boleh hntar resume. :) |
|
Besa la, kaktus warna warni merata menjalar jalar |
|
Bunga lagi besar dari muka. Ya la ya la, mentang gua tak besaq2. =..=" |
|
Ladang teh KONON. nak jugak. |
|
|
|
|
okay, cukup berged-ged semua. dengan ini tamatlah riwayat percutian bagi sesi 2011 ini. ALHAMDULLILAH. Selamat Semuanya. Btw, oh-sem kot ganu. Ada sekali dekat traffic light, ada notice board kat tiang lampu tulih gini, "Tak malu ke? Buang sampah dari kereta anda." WAAAA. Hebat hebat. Kalau gua jd gabenor nanti KONONNYA, gua praktikkan dekat bandar metropolitan kuala ketil gua ni. HIHI.
p/s : maap salah silap naaaa...
3 comments:
tengok tempat ah babe..terengganu kottttt...tempat gua tuuu..=P
haha...mya, rindu sama kamu wehh!!!
Nana BamBam : Hehe. Jarang nak konvoi ni. Best!
Wawa : Serius doh! Ni kalau mekap kereta, cap wrne kuning, masuk ganu, takot org tahan je, "Dik, nak g Kuale Ganu, bape riyal ni."
Terus aku nanges kot. HAHAHA. hebat ganu! hebat hebat!
Awat dtg xhabaq kat cheq cik mya oii.....kalu x leh ajk mkn free mknan tgganu kat umah cheq nie...sila2x
Post a Comment