*entry ini menggunakan dialek kedah..harap faham :)
okay, encik mel selaku peguam negara akan mempertahankan hak-hak suri rumah atas arahan isteri singa nya bahawa suri rumah perlu dibayar gaji 3/4 dari nilai gaji suami.. ngeee! kaya! kaya!
saya mempunyai alasan yang kukuh apakah rasional nya suri rumah perlu dibayar gaji supaya dapat menjaga kesejahteraan rumah tangga suami dan anak-anak setelah diri nya sendiri penuh bahagia...
sapa kata suri rumah itu kerja senang..mai mai habaq mai..... bukan sebarangan boleh jadi suri rumah.. suri rumah merangkumi kerja yang perlu dibuat oleh dari driver bas hingga menjadi doktor kesihatan rumah..
Jgn marah-marah encik mel :) |
1. suri rumah sebagai pelayan restoran dan chef pada masa yang sama
ha, betui ka dak.. dalam rumah tu, mesti ramai gaban kaki order... anak lagi nak makan cekodok, suami lagi nak makan lempeng..sat gi buat salah satu ada jugak yang merajuk.. nak ikut kehendak anak, sat gi tidoq sorang, suami merajuk, nak ikut suami, sat gi anak-anak pulak teriak tak henti sampai ke subuh mengigau-igau cekodok! cekodok! tgk.. bukan senang nak puaskan hati semua pihak.. hebatnya sang suri rumah..
2. suri rumah merupakan seorang yang kreatif
betui la, tgk la ni sudah.. kalau adik-adik bukan main liat lagi nak makan sayuq / nak berus gigi ka / nak pi nursery ka... ha commonly, sang suami xdak nye aih nk bersusah payah nk pikiaq caranya.. ayat besa, 'alaa..awak jgn duk bagi muka sgt, nnti dengaq la budak tu'.. haa... sang isteri juga la yang jenuh cari idea nak melayan kerenah anak ni.. nk kena blend sayuq laa..nk kena beli kodomo lion la..nk kena beli psp la..penat weh!
3. suri rumah merupakan seorang fashion designer kepada satu keluarga
see? anak nak pakai ni, suami nak pakai ni, kakak nak pakai ni, adik nak pakai ni.. sapa yang siapkan? haa... surirumah jgk.. nak iron nya... nk mix and match nya.. tu x kira lagi, dengan baby yang tetiba terkeluarkan tinja (pergh, cikgu sains siot) dengan tak bawak baju sepasang, kena mix and match pulak..tu x kira kalau lupa bawak pampers, dah kena buat cawat guna daun unsur alam semulajadi.. dengan pagi-pagi lagi, sang suami, nk necktie ni ka necktie ni sayang.. everyday.. bukan calang boleh buat..
4. suri rumah sebagai perlu menjadi driver sepenuh masa
anak masuk tadika pukui 8.15, balik pukui 11.00, nanti kakak pulak balik pukui 2.00, yang adik pulak nk pi kelas KAFA pukul 2.30.... suami, pi keja pukui 8.00, balik paling awai 5.30.. tu kalau yang tak ngeteh tu.. haa.. sapa yang nk ambil anak-anak pi sekolah balik sekolah pi sekolah balik..
5. suri rumah merupakan seorang interior designer yang berjaya
ni memang lagi konfom la.. ce masuk satu rumah yang mcam ala-ala load semat mahal semua barang-barang buat dari emas mcm rumah Dato Maznah yang CEO Security Force tue.. apa benda pertama yang org ckp, 'ey pandai org rumah kemas susun-susun noo...'*kedah.. ce kalau rumah macam kapal selam kena langgar todak.. todak? xbest.. kapal selam kena langgar iceberg.. haa! soheh.. dlm hati, 'pergh, org rumah ni xpenah kemas rumah ka.'.. even hakikatnya, anak dengan laki dia yang duk buat sepah tue..
6. suri rumah merupakan seorang tukang paip mula belajar
naa... tgh-tgh nak masak, sedap-sedap basuh pinggan.. tiba-tiba kepada paip tercabut.. ha.. mencecet nk buat apa.. tipon suami,' bang, kepala paip tercabut ni..' dia jawap,'ala saya sibuk meeting ni, awak buat la apa yang patut'.. rasionalnya, suri rumah yang hanya amik kos ert kat sekolah mana la duk tau nk repair kepala paip tercabut ni.. duk pikiaq, takkan nk buat rumah jadi kapal selam.. last2, sumbat kain buruk sambil cucuk berus gigi dekat lubang kepada paip tu la.. hmm..
7. suri rumah merupakan seorang saintis
masa duk belek-belek dalam almari, tiba-tiba nmpk la roti sebuku... haishh, bila tahun punya nie... pastu mula la amik sepek nak belek kot-kot ada kulat ka... ada bintik hitam ka.. ada tikus gigit ka.... kalau suami, ingat heran ka... ayat familiar,'alaaa..boleh lagi ni...' kalau kata la, roti tu 3 bulan lepas expired, tak tempah hospital semua?
8. suri rumah merupakan seorang ustazah
malam lepas maghrib, port suami, depan tv goyang-goyang kaki tengok berita TV3.. yang sang suri rumah ni la duk dalam bilik, duk mengajar anak-anak baca alip ba ta... yala... suami penat, balik lepas jumpa client, penat duk mengadap laptop ja kat opis *positive thinking* bagi la can nak tengok tv.. xpa la, kita la duk ajar budak ni mengaji...
9. suri rumah merupakan seorang akauntan yang berjaya
kalau kata la bulan ni short duit, pii dah.. habih kena tarbiah dengan suami, awak ni belanja mcm mna. awak ni.. awak tu.. haa, dia xingat yang dia bagi sebulan sekali ja.. yang kita ni beli barang setiap hari... mau tak mau, kena la handle duit tu betui-betui... nk beli itu, nak beli ini, bajet itu, bajet ini.. ce kalau suri rumah ini main joli ja duit yang suami bagi awal bulan, p shopping sakan dengan jiran sebelah, kak yah beli keta baru.. x pulak, ramai-ramai jilat keta ja hujung bulan tu..
10.suri rumah merupakan seorang kaunselor yang penuh pengalaman
suami balik, masuk bilik.. suri rumah juga yang dengar.. 'org kat opis tue,,hiashh...bla.bla...' tak kira yang anak lagi, malam malam duk lipat kain duk mengumpat cikgu dia kat kita, 'mak tau dak, cikgu ramlah tu kan.. bla..bla..' habis,kita ja tempat dapat dosa.. uihh, jenuh ar.. last-last, kita juga yang kena bagi kaunseling yang gred A sikit dekat suami dengan anak-anak kita.. 'abg ni,sabar la..kn nak cari rezeki, asal halal, kita ikut jela' 'kak long ni..berdosa tau umpat cikgu, nanti tak berkat ilmu mcm mna nk masuk unibersiti'... see?
11.suri rumah merupakan seorang doktor yang berjaya
duk musim hujan panas hujan panas.. kena pulak malam malam buta pukui 3 pagi anak merengek demam.. suami pula duk berkeruh kat bilik.. bukan la demam panas sgt pun, suri rumah ni pun p la kedek kedek mata duk lali dasah towel dengan ayaq asam.. tempek kat dahi anak.. x kira yang tengah malam meraung jatuh katil lebam muka muka lagi.. =__=''
12.suri rumah juga merupakan seorang GURU! Yeay!
t.o to + m.a ma + t.o to = tomato.. haa.. sapa yang duk ajaq malam malam pukul 9 sampai 10.. suri rumah juga...ya la suami duk sibuk mengadap laptop kalut nak siap tu nk siap ini, takkan la nk bergusti pulak dengan suami, abg! mai ajar anak baca ni... xpa la.. kita paham tanggungjawab kita :)
13.suri rumah merupakan seorang jurujahit
10 malam anak tiba-tiba tunjuk kat mak, seluar carik(koyak) kat celah-celah cawat... esok pulak anak ada pj.. kedai dah tutup.. 7-E pulak xdak juai tracksuit... xkn la nak perdaya anak suruh pakai selaur pak dia.. kita ni pun, malam malam ditemani pelita *buat ayat agak sadis* mula la masukkan benang dalam jarum peniti yang susah keteqag betui nak masuk.. jahit la silang pangkah insang pari tengah-tengah malam.. sang suami, anda mampu membuat prkara ini? HAHA
14.suri rumah merupakan seorang pengadil dalam sebuah institusi kekeluargaan
anak duk berkelai (berkelahi) kat belakang berebuk pensil ja pun.. yang kita duk kalut kat dapur masak ikan goreng, pak dia yang duk depan tgk tv boleh buat tak tau.. grrr.. isteri juga la yang kena p tgk sambil pegang sudip nk bagi sapa menang sapa kalah
15. suri rumah merupakan INSAN TERHEBAT!
tidak dapat disangkal lagi.. suri rumah itu merupakan penggerak utama sesebuah keluarga.. ya! suami menjadi duit, tetapi bagaimana sebuah syarikat donalh trump nak berjaya kalau setakat ada duit tapi management opis bagai dilanda garuda....
sesungguhnya, suri rumah itu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, seorang ibu dan seorang penolong keluarga..
x salah kalau mintak gaji ye dak? apa ada hal?? ngeh ngeh... agak-agaknya kenapa tak xdak HARI SURIRUMAH SEDUNIA?
p/s: encik mel : mintak maap guna nama.. sekali sekala apa ada hal.. ye dak? kih kih
xpanjang pulak entry ni.. stok sebulan xpost lepas ni :)
yang mana ada typo tu kira halal la noo :) haha..
yang mana ada typo tu kira halal la noo :) haha..
2 comments:
saya sangat setuju!!!
haha.. well...
lepas ni kena kerahkan encik mel :)
Post a Comment