kita tak pernah tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.
apa kerjanya. apa ceritanya. apa hidupnya lagi.
tak pernah tahu apa.
kita hanya boleh merancang untuk mendapat yang terbaik.
hanya boleh merancang.
kadang-kadang kita bingung,
kadang-kadang kita yakin,
kadang-kadang berbelah bahagi,
kadang-kadang terlalu gembira,
tatkala sibuk merancang masa depan.
setiap tindakan yang diambil,
pasti terdapat kesan yang mendalam.
Contoh terdekat, diri sendiri :
Universiti Malaya ----> IPGM Tun Hussein Onn.
Kesan :
- jarak perjalanan pulang ke kampung semakin meninggi : Kedah vs Johor
- jarak perpisahan semakin bertambah.
- konflik hubungan semakin meningkat
-jati diri makin kuat
-daya kematangan semakin meningkat
-berbagai dugaan singgah tanpa henti
-pelbagai pengalaman bersawang di hati
kadang kita tak sedar semua ini yang terbaik untuk kita, walaupun kita punya impian yang meninggi namun ia masih belum tentu yang terbaik untuk kita. sungguhnya, perjalanan sebagai seorang pelatih guru bukan hanya sekadar melompat di batu besar. perlu meniti ribuan batu kecil yang punyai lumut yang licin sebelum melangkah ke batuan yang besar. akhlak perlu dibina, iman perlu ditambah. ini yang terbaik untuk diri. ini yang terbaik. aku percaya. Terima Kasih TUHAN.