ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Wednesday, December 31, 2014

365 pages of 2014

2014.

final year student.
thesis by the name of Nur Amirah.
grade with first class degree holder.
annual pass holder of uss singapore-legoland.
full with travels and great food hunting.
unconditional love from all around me.
why should i ask for more?


johor. sabah. singapore. aussie. kedah.
legoland. uss. therinkice-skating. melbourne. gardenbythebay. & more--
and all the good things that happen.
THANK YOU 2014!





































  



 






and



im leaving on a jetplane. :)





Terima Kasih Tuhan
untuk semua pelangi indah yang dikurniakan.
untuk hidup yang lebih dewasa dari sebelumnya.
dari sekecil bahagia hingga kembalinya dia.




THANK YOU 2014
FOR ALL THE GREAT MEMORIES.




WELCOME AHEAD 2015! 
-mulakan hidup bekerjaya.
tazabar nak gaji! gaji! gaji! hihi.
hai CIKGU AMIRAH.



--bangun. dan carilah bahagia. 
sesungguhnya, sesuatu yang diizinkan Tuhan itu percuma.

Tuesday, October 28, 2014

Bahagia.

Terima kasih Tuhan.

Monday, February 24, 2014

Gagak Hitam i

Wahai gagak hitam.
apa kau belum puas apa yang ada
apa kau masih buas mencari hitam dunia
sambil mencarik kain tak semena kau jumpa


Wahai gagak hitam
apa kau bahagia sebegini rupa
mencarik caci meramas tak semena
kebahgiaan orang lain yang punya
tanpa sekelumit rasa
lalu senyum bahagia dia.


Wahai gagak hitam.
apa kau lupa.
Tuhan itu ada.
Tuhan itu adil sentiasa.
Tunggu masa.
Tunggu.


Dongak.
Ludah.
Jatuh atas muka.
Jangan kau bangga.
TUHAN itu ada


Tunggu masa.
Terbalik dunia masa.
Baru kau rasa.
Sakit macam mana.



Monday, August 12, 2013

Salam Aidilfitri












aku masih belum sempurna
aku tahu aku punya salah sentiasa
doakan menjadi semakin berguna
pada agama, bangsa dan negara.


ampun maaf dipinta
atas semua kata kata yg mengguris jiwa
juga perbuatan tak semena.
kerana aku tak bisa sentiasa
berlagak manja dan bermanis kata.
gangsta katanya. haha.


maap yo.
eden ni memang tak reti nak euw euw ni.
bak kata fynn jamal tu ha
aku rimas mengampah benci gila gedik mengada-ngada.
ehh..








Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Luar dan Dalam.
Atas dan Bawah.








photoshoot raya akan menyusul.




















Monday, May 6, 2013

Kun Fayakun



aku mencintaimu kerana agamanya yang ada padamu
hilangnya agama dalam dirimu
hilang lah cintaku padamu



kun fayakun.
if HE stated that it will be, it will be.
semua dah ditentukan 22 tahun yang dulu lagi.
dah ditentukan.


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


tak semestinya khas kepada arjuna. kau juga mempunyai pilihan untuk memilih bakal imam yg punya harta atau agama. apa yang datang, pilih lah agama. kerana agama itu puncanya bahagia. hilangnya agama, hilanglah bahagia, musnahlah jiwa. 


wang boleh membeli jiwa. tapi tak mungkin dapat membeli bahagia.


pilih agama.
itu yang terutama.


Life won't be easy
That why u need to stay strong
Keep gaining the positive energy
To love and be loved
Not to fight and gain enemy
Mari mencipta bahagia antara kita.
Suka kita kekal senyum bersama-sama.


Dugaan datang bertimpa.
Itu tanda DIA ingat hambanya
yang sering leka dengan dunia.
Back to basic. DIA. ALLAH. TUHAN kita.


Nothing can harm u when u have a good relationship with ALLAH. (Ustaz Don, 2013)





Sunday, April 28, 2013

Regret


benda yang paling tak suka,
bila tengah serabut, tak boleh solat, baca Quran.
Haishh. bila waktu 'time of the month' jgk la nak jadi itu ini,
menggagau aku mana nak pegang. 
mak cakap, 'baca ayat kursi banyak-banyak'
baik mak. Sesungguhnya, aku masih kuat atas doa ibu.
Doakan adik, mak. Doakan.


Sunday, March 31, 2013

Anjakan Paradigma



 
bila hidup kau sekata kau akan bosan.
dalam masalah kau belajar pasal hidup
jangan kau mengeluh bila kau dalam seribu satu masalah
sebab melalui masalah la kau akan belajar
belajar jadi matang
belajar jadi berdikari
belajar untuk jadi manusia berguna
atau kau masih sibuk nak jadi haprak jalanan.


kalau dulu kau takkan berjaya tinggal aku survive sorang-sorang
maksudnya, aku takkan kemana-mana berseorang
walau toilet pun la. yang tak sampai 10 langkah dari bilik aku.
perkataan, ‘eh, teman aku jum..’ tak pernah lekang dari mulut


melalui masalah aku belajar untuk improve diri aku
sekarang, kau campak aku mna-mna, insyaALLAH aku takkan mati.
‘eh, kau sorang je perempuan kat sini?’
‘ohoi, ni mya la. kau campak aku kat laut pun aku boleh hidup la.’
kononnya, "campak ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi bukit"


bila perkara yang paling aku takut suatu tika dlu jadi,
jadi betul betul dalam reality, kau ada pilihan,
samada mati atau teruskan hidup dan bangkit.
memang susah nak bangun. tapi sekali aku bangun, takkan aku tengok belakang lagi.
sukahati kau lah nak buat apa dengan hidup kau.
aku ada jalan aku sendiri. jalan yang aku pijak bangun sendiri.
aku tekad. genggam bara api biar sampai jadi arang.
ni anjakan paradigma paling hebat dalam hidup aku.
dan ni titik tolak perubahan hidup aku dari ‘crybaby’ to a ‘lady’. katanya.
dan sekarang bila kau sendiri,
kau belajar hadapi hidup kau, setiap dugaan baru yang datang,
kau belajar untuk memperbaiki diri kau
dan kau punya masa untuk muhasabah diri kau.
apa yang kau dah buat untuk family kau
apa yang kau dah buat dengan kawan sekeliling kau
apa yang kurang dalam hidup kau
apa yang kau jauh terpesong dari agama kau.


masalah ribut-taufan datang waktu aku tengah berusaha menjadi insan terbaik untuk dia.
tengah berusaha  jadi yang terbaik.
tiba-tiba. bammmm. headshot untuk aku. aku sendiri kelu. kenapa? kenapa mesti waktu aku cuba berubah untuk jadi yang terbaik.
dan sebenarnya aku sedar, aku hanya berubah untuk manusia. bukan lillahi ta’ala. itu salah besar aku.
berubah untuk jadi yang terbaik untuk DIA. bukan manusia. kerana manusia kepunyaan DIA. bukan sebaliknya.
back to basic.
lillahi taa’la.


jangan kau takut dengan masalah yang datang.
rempuh, tempuh. untuk kau belajar mengenai hidup.
melalui masalah kau belajar segalanya.


dan anjakan paradigma ini
buat aku belajar untuk cuba semuanya.
bekerja. sertai semua sebolehnya.
dan aku sendiri rasa
taraf keyakinan aku makin bertambah
kalau dulu kau nampak aku ni adik yang kena buli ja. yang asyik kena protect.
sekarang yang kau nampak. ‘ni mya la. aku 22 tahun la kak. bukan adik cengeng lagi’
sesungguhnya, ada seribu satu hikmah atas apa yang jadi.
TERIMA KASIH YA ALLAH.


dulu, aku punya pilihan. untuk ikut hati dan amarah menggunung.
atau belajar untuk lupa dan tidak berdendam.
marah? memang. ikut sakit hati memang aku nak hentak.
tapi sampai bila? sampai bila kau nak berdendam?
kenapa kau sendiri nak sakitkan hati kau yang sedia sakit dengan dendam kesumat kau.
fikir. kau tak pernah bahagia dengan cara tu.
itu bukan diri kau. dan itu bukan cara hidup kau.
ini untuk ajar kau supaya jaga hati. jaga iman kau. nak ukur berapa tinggi iman kau.
ingat. sebaik-baik manusia usulnya dari hati.
jangan biar hati kau busuk dengan titik hitam hasutan syaitan
kau pilih samada kau nak kalah dengan nafsu amarah kau
atau kau belajar untuk kalahkan nafsu amarah kau
dan ini untuk kau belajar kawal emosi kau J
ini yang dipanggil anger management
dan RASIONAL.


ini semua anjakan paradigma untuk kau belajar menjadi manusia.
manusia yang lebih baik. bukan sampah busuk.
yang rosakkan hidup manusia lain.
belajar untuk hargai manusia sekeliling kau.


aku sendiri tak pernah sangka mampu drive full dari johor ke kedah.
dan drive perjalanan tiga empat pagi pun.
kadang kau kena challenge diri kau.
tengok berapa mana kau mampu buat.

 
     
be brave enough to face the world!       





Friday, March 8, 2013

Travel (1) - Malacca

Tahun baru dimulakan dengan HO-LI-DAY-YEAH! dekat melaka.

Dah bertahun sgt tak mandi waterpark

Tanpa membuang masa, saya memaksa mereka bermandi-manda. 

Wahaha.

Duit sem ni akan dibelanjakan lebih kepada holiday-YEAH dan delicious food! nyumnyum.

Entry terperam lama sebab super duper busy jadi datin seri. haha.

Terimalah persembahan dari saya :

























 



What u need to know?


 Money can't buy happiness. :)

 



Bukan bermaksud kau lone ranger kau sunyi selamanya
Kau punya keluarga
Kau punya rakan
dan yang paling penting
Kau punya DIA YANG MAHA ESA. 

Masih belum cukupkah?




 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...